Ahad, 15 November 2009

pesanan untuk kaum muslimin dan muslimat

Dalam kesibukan menghadapi hari-hari yang penuh ujian, seringkali kita lupa pada ALLAH S.W.T yang menciptakan kita, yang banyak mengurniakan nikmatNya pada hambanya. Dia sentiasa mengingati hambanya, namun bagaimana pula dengan kita sebagai makhluk ciptaanNya? Kita perlu sentiasa ingat, tiada suatu puan di dunia ini milik kita secara mutlak. semuanya kita pinjam daripada ALLAH S.W.T.. Nyawa kita, perasaan kita, harta benda, anak2, saudara mara, rumah, kereta dan segala2nya adalah pinjaman.

HATI kita sekalipun, juga bukan milik kita. ALLAHlah pemilik segala hati. Hati, perasaan kita, ia sesuatu yang sukar dikawal. ALLAH boleh memberi hati seseorang pada orang yang lain dan boleh juga mengambil semula hati yang diberi itu.
Namun, sebagai manusia yang lemah, kita selalu tersilap dan terlupa. Contohnya apabila kita mengahwini seseorang, kita selalu ingat dia adalah milik kita. Kita terlupa bahawa ALLAH boleh menarik balik pemberiannya tanpa meminta kebenaran kita.

ALLAH juga begitu, dia mengurniakan 'hati' yang dicintaiNya kepada orang yang Dia cintai. Jika seseorang itu selalu melupakan Allah, tidak mustahil Dia akan mengambilnya kembali.
Sebagai contoh, pasangan yang bertunang. Segelintir mereka kerapkali beranggapan bahawa pertunangan itu sebagai sesuatu yang sudah diconfirmkan. Sehinggakan ada yang sanggup menggadaikan maruah diri sebelum berkahwin dengan alasan tunang.
Janganlah begitu, kerana hati manusia ni boleh berubah. Berbaloikah menyerahkan maruah diri pada seseorang yang belum pasti untuk anda?

Perkara utama yang ingin ditegaskan di sini ialah janganlah kita takut jika kehilangan cinta makhluk, tetapi takutlah jika kita kehilangan cinta ALLAH kerana jika kita kehilangan cinta Makhluk, kita masih ada ALLAH untuk dicintai. TETAPI jika kita kehilangan cinta ALLAH, pasti kita akan hina di dunia dan akhirat walaupun kita mendapat cinta makhluk yang kita inginkan itu.
Cintailah ALLAH melebihi segala2nya.. Pasti akan diberikan 'hati' orang yang dicintainya untukmu...